Dinar & Dirham
Kelantan

 

 

 

DINAR DAN DIRHAM KELANTAN

dinar dirham kelantan

dinar dirham kelantan

 

DINAR DAN DIRHAM SEBAGAI MAHAR PERKAHWINAN ADALAH
SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

hantaran dinar dirham kelantan

Foto: Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai Mahar Perkahwinan Dalam Satu Gubahan.

Mahar perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W kepada Aishah r.a adalah sebanyak 500 Dirham Perak.
Manakala Habibah binti Ramlah dinikahi Nabi Muhammad S.A.W dengan sebanyak 500 Dinar Emas.

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW:-

Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)


BAZAR TOK GURU TERIMA URUSNIAGA GUNA DINAR DAN DIRHAM

dinar dirham kelantan

(Gambar: Seorang peniaga Bazar Tok Guru menunjukkan logo 'Kami Terima Dinar dan Dirham')

KOTA BHARU, : Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, rakyat serta pelancong yang berkunjung ke negeri itu boleh merasai pengalaman membeli belah di Bazar Tok Guru (BTG) dengan menggunakan matawang syariah dinar dan dirham.

Atas inisiatif anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade (KGT), kedai-kedai di BTG kini menerima urusniaga menggunakan mata wang syariah itu sejak pertengahan bulan Mac lalu.

Baca Selanjutnya di Portal Berita Harakah Daily ..



DINAR DAN DIRHAM MAMPU ATASI KRISIS EKONOMI

dinar dirham kelantan

foto: Dinar Kelantan

KUALA LUMPUR 2 April 2012 - Penggunaan dinar emas dan dirham perak diyakini mampu menjadi penyelesaian kepada krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang.

Ketua Jabatan Kewangan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, penggunaan wang kertas sebenarnya memudahkan serta menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang kerana ia tidak memiliki nilai seperti dinar emas.

"Sebenarnya penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam perniagaan bukan sesuatu yang baru kepada dunia kerana ia digunakan sejak zaman dahulu lagi.

"Ini kerana dinar emas dan dirham perak merupakan wang sebenar yang merangkumi prinsip keadilan, ekonomi dan kestabilan serta mapan. Ia bukan sahaja baik untuk negara Islam tetapi juga kepada semua negara lain," katanya.

- Utusan Online


Kerajaan Negeri Kelantan dengan rasminya melancarkan Matawang Syariah ,
Dinar dan Dirham pada 12 Ogos 2010

Dinar Emas dan Dirham Perak terbitan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan secara rasminya dilancarkan pada 12 Ogos 2010 untuk dimiliki oleh semua.Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan boleh didapati dari rangkaian wakalah lantikan Kelantan Golden Trade.